sani ahmad's FotoPage -  - Fotopages.com
PAM SOUTHERN CHAPTER FUTSAL TOURNAMENT 2008
<description>Tahun ni tahun yang mencatat sejarah bagi pasukan IMAAR ARCHITECT SDN. BHD sebab first time dapat masuk final futsal anjuran PAM setelah beberapa kali mencuba...kalau tak suku akhir pun susah nak lepas.....tahun ni hantar dua pasukan kita bergabung dengan ALMA ARCHITECT DAN NIK ARCHITECT... pasukan oren dan putih....pasukan putih pasukan senior yang selalu dihantar bertanding..pasukan oren ni baru ditubuhkan...walaupun pasukan putih masuk final dapat tempat ke dua...pasukan oren tetap hebat gak...cuma nasib tak de...
Banyak kenangan semasa latihan dan hari pertandingan...yang cedera..yang tak dapat hadir last minit...yang dah berlatih berminggu-minggu tapi latihan terakhir boleh cedera plak...ada yang tonggak pasukan boleh cedera first game...tapi tak pelah..semangat juang tu yang penting...terima kasih kepada semua yang terlibat...semoga anda sentiasa diberi kesihatan yang gemilang dan cemerlang nanti tahun depan leh main lagi...
SEKALUNG TAHNIAH BUAT MEREKA YANG TERLIBAT.
PASUKAN PUTIH
1.AIZAT FAHMI BIN AHMAD (tonggak utama)
2.MUHAMMAD ASYEEQ BIN ABDULLAH (kapten tapi penalti tak masuk)
3.AIDIL SHAHNON BIN MD. LASSIM (pemain harapan)
4.HAMRI BIN AZMI (si kurus yang mampu menakutkan pihak lawan)
5.NAZRI(ganti AINUDDIN ARIFF BIN HJ. ABD. WAHID)
6.HAKIMI BIN HJ. ISMAIL (penjaga gawang yang terbaik...bergaya dan berani)
7.MUHD FAZLI BIN SAMAD (nasib baik boleh main...last minit ganti orang ni...tahun depan main lagi)
PASUKAN OREN
1.MOHD FAIZE BIN PADIL ( no komen....prestasi okey di saat akhir)
2.MUHAMMAD RASHIDI BIN ABDUL MURAT (baru dapat girlfriend baru)
3.ABDULLAH BIN OMAR (baru first game dah cedera...tonggak utama tu...)
4.ISMADI SHAHNIZAM BIN MD. LASSIM (antara pemain terbaik)
5.MOHD YUSUF AL-HAFIZ BIN ABU BAKAR (antara pemain harapan)
6.ZAINUDDIN MOHAMED YUSOF (kuda tua yang bergaya...tak sangka boleh main dengan baik)
7.TAK MUNCUL..........dihari pertandingan.
Terima kasih juga kepada para penyokong yang tak putus-putus memberi sokongan yang padu...
buat abang lan, asliza, fuad, awek asyik yang baru, alishah,dania, ainudin, bini am, aifa (eh tapi dia ni tak datang)...dan sesiapa yang aku tak perasan...tu jutaan terima kasih ye......kepada para pencinta dunia fotografi...leh lah komen aku punya foto..moga kita sama sama berkongsi pendapat dan pengalaman....wassalam...jumpa lagi tournament tahun 2009.</description>
DRIFT DAY @ BANDAR  BARU UDA
<description>salah satu sukan permotoran yang kini semakin popular....gambar-gambar ni aku ambil pada petang 4 mei 2008 kat bandar baru uda johor baru..yang dianjurkan oleh utama tyre...
WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR.
<description>WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR
Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Development Region) merupakan koridor pembangunan yang dilaksanakan di selatan Johor. Koridor ini juga dikenali sebagai South Johor Economic Region (SJER) atau Pembangunan Wilayah Ekonomi Selatan Johor.
Koridor ini ditubuhkan pada 30 Julai 2006. Koridor ini telah bertukar nama kepada Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) pada 4 November 2006 bersempena nama Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.
Tempoh pembangunan kawasan ini adalah sehingga tahun 2025 dan memerlukan kos lebih RM47 bilion untuk menjana pertumbuhan ekonomi sebanyak lapan peratus dalam tempoh lima tahun yang pertama.
WPI juga akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan yang terbesar di rantau ini. Apabila ia siap kelak, keseluruhan kawasan pembangunan dikatakan menyamai 2 setengah kali ganda keluasan Singapura. 
Ni gambar semasa aku gi site kat nusajaya tu....office aku yang reka bangunan ni..yang akan menempatkan jabatan-jabatan penting kat negeri Johor ni.....
aku suka gambar ni...macam pasukan bomba tengah padam kebakaran
DANIA SOFEA ......... dah 9 bulan
<description>....lihatlah aksi-aksi menarik....si comel Dania depan kamera.......
si comel DANIA..dah lapan bulan
<description>DANIA SOFEA.... dah lapan bulan....
masa ni aku shoot gambar dia baru umur lapan bulan....memang best masani...dapat ambik banyak mimik muka dia yang menarik....
A&S PHOTOGRAPHY SERVICES.
<description>PENUBUHAN A&S PHOTOGRAPHY SERVICES
Memang lama tak update kat fotopages..memang rindu rasanya….tapi nak buat macam mana…sekarang saya telah menubuhkan A&S photography hasil kerja sama dengan En azrin (adzrin77@fotopages.com). Memang agak sibuk sebab proses-proses editing mengambil masa 2 hingga 3 minggu. Lama untuk buat keputusan untuk membuat wedding photo secara serius ni…sebelum ni hanya suka-suka aje…setelah berfikir panjang akhirnya kami bersetuju untuk membuat wedding photography secara serius.. he he ikut jejak langkah senior-senior kat sini…sebab tu lama menghilang…sebelum ni memang dah mula tetapi tidak mengiklankan atau mempromosi hanya kenalan-kenalan terdekat dan tidak mengambil upah…tetapi atas desakan sekeliling dan melihat hasil gambar yang semakin baik saya mengambil langkah untuk memberi anjakan dalam kerjaya baru saya sekarang ni…… first time saya tunjuk gambar wedding kat sini..harap-harap dapat di kongsi bersama.
cover album (ala ala ghothic he he)
<description>Minggu lepas saya gi ambik gambar di ruang yang gelap dengan lighting yang minima... menggunakan dua flash...nasib baik buat dua orang kalau tak kelam kabut juga lah..nak setting timer nak setting flash lagi.. apa pun saya berterima kasih kepada en adzrin kerana sudi berkongsi ilmu.... Lagipun saya dapat model yang cukup sporting untuk buat assignment he he he...tak banyak bunyi..dan boleh berkerjasama... 
Saya dapat feedback yang banyak pada tajuk yang lepas pasal creative lighting system.. ada yang minta ajar...terima kasih kepada semua yang sudi beri komen dan galakan serta pujian...... kepada yang junior junior seperti saya ni kalau nak ilmu cls tu boleh lah hantar emel kepada saya sweet_november1780@yahoo.. insyaallah saya akan hantar teknik yang saya gunakan...kepada yang dah senior kalau lah apa yang saya buat ni tidak betul darisegi composition dan lighting sudi sudilah  tegur dan memberi tip tip terbaik untuk saya.... ALLAH akan merahmati anda kerana sudi berkongsi ilmu... he hehe 
Banyak benda kena perbaiki dan belajar apa yang penting usaha yang bersungguh pasti akan membuahkan hasil.....
saya tak pasti sebab colour pada monitor saya bermasalah atau sebaliknya  kalau anda perasan colour hitam saya bertindih dengan warna kelabu sila beritahu ye....</description>
creative light system
<description>Banyak benda yang aku belajar tempoh hari..termasuklah benda baru CLS ataupun creative light system macam tu lah bunyinya....banyak kali try..baru lah membuahkan hasil......(macam jadi aje rasa rasanya)....ada yang aku try untuk buat poster macam buat product shoot lah...he heheheh tak tahulah best ke tak.....
harap harap kritikan dan komen dan pendapat ko orang dapat memperbaiki kelemahan yang ada... 
kepada 'POKCIK'= cuba hang lihat aku punya reflection kat telor dan digital sony camera tu jadi ke tak? nak cari botol susu macam hang susah sangatlah...
menghabiskan masa cuti.....
<description>ha ha ha cuti lama sangat... tak tahu nak habiskan macam mana...nampaknya belakang rumah aku ni lah jadi sasaran...aku rasa perumahan tempat aku ni lah satu satunya belakang hutan...susah nak cari tempat macam ni.. banyak juga gambar aku ambik tapi banyak jugalah yang tak jadi.. aku suke gambar 7 dan 8 tapi gambar tu tak fokus..lari entah kemana.. dalam kamera nampak cantik tapi bila upload...alamak... boleh lari pulak fokus dia.. tapi aku suka gambar tu ...aku letak lah juga buat pengajaran supaya lebih berhati hati...
satu hari suntuk aku ambik gambar sekitar rumah... buat experiments.. dari buang masa...
rakan rakan fotopages boleh lah komen gambar gambar ni...kritikan anda akan membantu saya menjadi lebih baik dari hari semalam...
Keliru
Aku keliru..
Cuba kau huraikan kekusutan ini….
Setiap hari ku menunggu  
walau terbuang masa yang berlalu
selagi cinta ini masih membara
pasti segala onak ini aku tempuhi jua
kasih.....
keliru pasti aku keliru
melihat hukum dunia
hidup mesti bagai alif 
yang menunjang 'ba','ta', 'sa', dan seterusnya
tapi hidupku tak seperti vokal 'a' 
yang memberi erti pada
'b', 'c', 'd', dan seterusnya…
sukar bukan
hingga merajuk hiba
apalah salah ku kali ini
hingga Kau hukum ku sebegini
dengan jawapan yang keliru
dan keputusan yang buntu
akhirnya berperang aku dengan diri sendiri....
MASJID SULTAN ABU BAKAR.
<description>aku ambik gambar ni pagi sabtu... first time ambik gambar bangunan..seronok juga..tapi ada part yang aku terlepas pandang.. nanti kalu sempat aku datang lagi..walaupun aku duk johor tapi jarang gi masjid ni..seingat aku masuk pagi tadi baru tiga kali aku gi.. setahu aku masjid ni dibina pada 1892 dan siap pada 1900... di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar.. tu pun aku baca kat web... masjid ni juga menjadi salah satu tempat menarik untuk dilawati oleh pelancong asing. mungkin kerana senibinanya dan sejarah pembinaannya.
sesiapa yang nak beri pandangan dan kritikan terhadap foto yang aku ambik ni adalah amat dialukan.
wassalam.